Assalammualaikum,
Sekadar berkongsi rasa....Apa khabar ibu Dan bapa anda. Sudahkan anda menelefon ibu Dan bapa anda Hari ini...mungkin anda lupa untuk menelefon ibu bapa anda Hari ini.....bagi saya tiada peluang untuk menelefon ibu bapa lagi kerana mereka sudah tiada.
Luangkan sedikit masa untuk menelefon ibu Dan bapa anda seketika kerana percayalah ibu Dan bapa anda akan seronok jika dapat mendengar suara anak- anak walaupun seketika
Sewaktu ibu Dan bapa saya masih hidup, saya tidak berpeluang menelefon mereka kerana system perhubungan tidak secanggih sekarang.
Telefonlah ibu Dan bapa anda setiap Hari.
Wassalam.
TIDAK ADA YANG LEBIH MANIS DALAM KEHIDUPAN INI MELAINKAN TATKALA BERJAYA MENCAPAI KEMANISAN IMAN DAN MENGECAP CINTA ILLAHI...
Sunday, November 8, 2015
Apam Pisang
Assalammualaikum,
Minggu ni minggu yang agak sejuk...Alhamdullilah, setiap petang hujan. Jadi mood nak keluar rumah pun tak berapa ada....bila asyik duduk dirumah, masing2 lapar....tak tau nak masak apa....selongkar dapur semua bahan tak cukup....buka pintu dapur, nampak pokok pisang yang buahnya Dah masak ranum.
Memandangkan Hari hujan, ku gagahkan diri untuk menebang pokok pisang. Kalau tidak ditebang mana mungkin dapat ambil buahnya....hehehe...
Bila nampak je buah pisang, timbul idea buat apam pisang. Resepi memang ada difikiran selepas bertemu dengan Kak Ani di Sungai Petani tempoh Hari.
Resepinya
12 biji pisang masak ranum
3 biji telur
1 cawan gula pasir
1 cawan minyak masak
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bicarbonate
1 sudu teh baking powder
Cara2
Lenyek pisang, saya masukkan pisang, telur Dan gula dalam food processor je. Bila semua hancur saya masukan minyak, Gaul sebati. Akhir sekali saya masukan tepung Dan soda serta b powder. Guna spatula untuk mengaulnya. Saya masukan dalam acuan kecil2. Kukus lebih kurang 15 minor.
## saya campurkan coklat chip kat dalam....

Wednesday, November 4, 2015
Speech Day Sekolah Akbar
Assalammualaikum,
31st October, 2015.
Hari ini sekolah Akbar akan mengadakan Hari penyampaian hadiah bagi murid-murid yang berjaya. (Annual Speech Day).
Semua parents dijemput hadir sebagai tanda memberi sokongan untuk anak-anak Spastic.
Akbar ditemani mama, kakak Eneza, kakak Dina, Maksu Dan anak- anaknya. Ayah tak dapat hadir kerana tugas yang tak dapat ditinggalkan. Begitu juga Abang Ngah yang bekerja pada Hari itu.
Majlis diadakan pada sebelah petang. Ramai juga rakan-rakan Akbar yang tidak hadir, mungkin mereka tidak sihat. Almaklumlah anak-anak CP ini kesihatan mereka tidak dapat diramal. Kadang-kadang sihat Dan kadang-kadang sebaliknya.
Pada Hari ini juga anak-anak disekolah spastic akan menunjukkan bakat mereka. Akbar juga tidak ketinggalan untuk berlakun. Akbar dipilih untuk memegang watak sebagai rusa didalam cerita Jungle Book, yang telah diarah oleh Dr Muntaz dari USM. Lebih kurang sebulan mereka giat berlatih dibawah arahan Dr Muntaz dan akhirnya mereka berjaya membuat persembahan yang menakjubkan....
Bukan mudah bagi anak-anak CP untuk menjayakan persembahan mereka memandangkan keadaan fizikal mereka. Dengan usaha, bantuan serta kerjasama guru-guru Dan parents, akhirnya menghadiahkan sesuatu yang wow.....
Tahniah semua.....
The Cerebral Palsy (Spastic)

Friday, October 16, 2015
Anak CP
Assalammualaikum,
Mempunyai anak CP tidak mudah. Memerlukan kekuatan Dan kesabaran. Perlu masa untuk merawatnya. Perlu semangat Dan kesabaran untuk melaluinya. Perlukan pengorbanan.
Walau sekecil manapun perkembangan anak akan menjadikan sesuatu yang amat membahagiakan Dan menyeronokkan bagi ibubapa.
Mestipun mereka tidak diminta Lahir dalam keadaan ini, namun pasti ada hikmah disebaliknya kerna Allah telah merencanakan yang terbaik buat kita.
Bagi ibubapa yang mempunyai anak CP jagalah amanah yang diberikan kepada kita dengan ikhlas.
Buang rasa takut, malu, kecewa untuk kebangkitan anak-anak CP.
CP memang tidak dapat disembuhkan, tetapi banyak hal yang boleh dilakukan agar dapat membantu perkembangan anak.
Jika Allah mengizinkan, semua keajaiban akan berlaku. Hanya Doa, Usaha Dan Tawakal.
Projek farm animal Akbar
Assalammualaikum....
Hai, Apa Khabar semua.....
Nak cerita sikit, Aktiviti Akbar tiga bulan lepas dekat sekolah....
Memandangkan mama tak cukup masa untuk upload gambar, mama simpan dulu cerita aktiviti farm animal ni...
Dalam kelas Akbar, selain terapi, Subjek Akademik juga diajar.Subjek sains adalah salah satu subjek yang diajar.Mereka diajar mengenal haiwan-haiwan. Mereka disuruh membuat replika farm animal. Memandangkan anak-anak ni anak CP bantuan mummy-mummy untuk membuat replika ini diperlukan....
Jom kita tengok, kreatif tak mummy-mummy ni semua......
Cikgu Norjan membantu Jacelyn. Akbar pula terpegun dengan haiwan-haiwannya....
Shiang Fau
Jacelyn

Soo Sian
Akbar punya.....yehhhhh
Shi Hao
Tengok....tengok cantik....cantikkan....kreatif tak mummy- mummy semua....hehehe....perasan sikit....seronoknya anak-anak CP dengan projek mereka.....
Serimuka Durian
Assalammualaikum,
Hai, apa khabar semua....
Hari ini saja nak cerita pasal serimuka durian. First time buat xberapa menjadi....
Selepas tiga empat kali buat baru la dapat rasa yang meletup-letup dalam mulut.....hehehe...
Nak cerita sikit ni...Mak saudara saya buat majlis tunang anak bongsunya.....so buatlah serimuka durian untuk majlis tu....tak sangka dapat sambutan.....ingat cukup la buat 2 tray 10 x 10.... Rupa-rupanya....sambutan meletup....
Pakngah saya yang Dah berumur dalam 65 tahun lebih kurang.....kalau salah umur Pakngah jangan marah ya....
Pak ngah cakap Sepanjang umur Pakngah tak pernah lagi makan serimuka durian....ini first time...memang sedap...siap minta nak bawa balik rumah lagi.....
Yang paling kelakar siap suruh Makngah ambil resepi....maklumlah Pakngah ada dusun durian...nak buat la tu........
Banyak cerita sangat ni lupa nak bagi resepinya....dari blog kawan-kawan...sorry saya lupa blog siapa....anyway tq untuk tuanpunya blog tu....
Lapisan Bawah
2 cwn pulut ( saya buat 21/2 cwn)
2 cwn santan cair
1sk minyak
Secubit garam
Campur semua... Guna loyang 10 x 10. Saya lapik plastik 14 x 14 supaya senang nak potong. Kukus 30 minit
Lapisan Atas
3 cwn santan
1 cwn gula pasir
1 biji telur
1 cwn isi durian
1/2 cwn T gandum
1/2 cwn T kastard
1/4 cwn T beras
1 sk garam
Pewarna kuning
Campur semua....boleh blender, tapis Dan masak atas api biar jadi macam susu pekat. Tuang atas pulut yang dikukus tadi.
Kukus hingga masak....
Yang ni buat untuk adik tersayang.
Saturday, October 10, 2015
Samperit susu
Tahun ini sambutan Hari Raya di sekolah Akbar disambut dengan cara sederhana sahaja. Makanan dimasak dengan cara gotong royong oleh ibu-ibu pelajar Melayu serta dibantu guru-guru.
Mama Akbar bercadang sedekahkan 120 pack kecil kuih sebagai door gift. Habis berfikir kuih apa yang hendak dibuat....Ayah Akbar cadangkan buat samperit susu Dan tart gulung....
Semua tetamu suka dengan kuih yang diberi....
Disini mama Akbar sertakan resepi samperit susu yang diambil dari blog.
Bahan-bahan:
250 gm Butter
1/2 tin susu pekat
100 gm tepung ubi
450 gm tepung jagung
1st esen vanila
Hiasan : coklat chip
Cara2nya:
Pukul butter Dan susu hingga kembang
Masukan esen vanila
Masukan tepung ubi Dan tepung jagung
Uli hingga jadi doh
Masukan dalam acuan Dan tekan
(Saya guna acuan pecah 14)
Hias dengan coklat chip
Bakar 15-20 min dengan suhu 150'c

Friday, October 9, 2015
Akbar buat pizza
Fun cooking Akbar disekolah...buat pizza..
Dah macam chef cilik la pulak...
Inilah aktiviti Akbar disekolah spastic centre P Pinang....tq teacher Norjan, Radha,Annu Dan Magelis...untuk tunjuk ajar....
Pizza yang paling mahal.....dibuat oleh my anak syurga.
Kek Lapis Ubikayu
Assalammualaikum,
Pernahkan anda makan kek lapis ubi kayu....Bagi saya ini kali pertama saya makan kek ubi kayu...memang sedap...
Selalunya saya makan bingka ubikayu, goreng ubikayu, tapai, talam, kuih bom ubikayu Dan yang kerap saya makan kerepek....hehehe...
First time makan rasa nak buat lagi....terima kasih Kak Ani dari Sungai Petani yang bagi resepi kek ni....memang sedap...
Kata Kak Ani kek ni kek yang terlaris jualannya suatu masa dahulu....sekarang Dah tak buat lagi kerana susah dapat bekalan ubikayu Dan faktor kesihatan....
Ini dia keknya....

Subscribe to:
Posts (Atom)