TIDAK ADA YANG LEBIH MANIS DALAM KEHIDUPAN INI MELAINKAN TATKALA BERJAYA MENCAPAI KEMANISAN IMAN DAN MENGECAP CINTA ILLAHI...

Wednesday, November 4, 2015

Speech Day Sekolah Akbar

Assalammualaikum,
31st October, 2015.

Hari ini sekolah Akbar akan mengadakan Hari penyampaian hadiah bagi murid-murid yang berjaya. (Annual Speech Day).
Semua parents dijemput hadir sebagai tanda memberi sokongan untuk anak-anak Spastic.

Akbar ditemani mama, kakak Eneza, kakak Dina, Maksu Dan anak- anaknya. Ayah tak dapat hadir kerana tugas yang tak dapat ditinggalkan. Begitu juga Abang Ngah yang bekerja pada Hari itu.

Majlis diadakan pada sebelah petang. Ramai juga rakan-rakan Akbar yang tidak hadir, mungkin mereka tidak sihat. Almaklumlah anak-anak CP ini kesihatan mereka tidak dapat diramal. Kadang-kadang sihat Dan kadang-kadang sebaliknya.

Pada Hari ini juga anak-anak disekolah spastic akan menunjukkan bakat mereka. Akbar juga tidak ketinggalan untuk berlakun. Akbar dipilih untuk memegang watak sebagai rusa didalam cerita Jungle Book, yang telah diarah oleh Dr Muntaz dari USM. Lebih kurang sebulan mereka giat berlatih dibawah arahan Dr Muntaz dan akhirnya mereka berjaya membuat persembahan yang menakjubkan....

Bukan mudah bagi anak-anak CP untuk menjayakan persembahan mereka memandangkan keadaan fizikal mereka. Dengan usaha, bantuan serta kerjasama guru-guru Dan parents, akhirnya menghadiahkan sesuatu yang wow.....

Tahniah semua.....
The Cerebral Palsy (Spastic)









No comments:

Post a Comment