TIDAK ADA YANG LEBIH MANIS DALAM KEHIDUPAN INI MELAINKAN TATKALA BERJAYA MENCAPAI KEMANISAN IMAN DAN MENGECAP CINTA ILLAHI...

Saturday, October 10, 2015

Samperit susu

Tahun ini sambutan Hari Raya di sekolah Akbar disambut dengan cara sederhana sahaja. Makanan dimasak dengan cara gotong royong oleh ibu-ibu pelajar Melayu serta dibantu guru-guru.

Mama Akbar bercadang sedekahkan 120 pack kecil kuih sebagai door gift. Habis berfikir kuih apa yang hendak dibuat....Ayah Akbar cadangkan buat samperit susu Dan tart gulung....

Semua tetamu suka dengan kuih yang diberi....

Disini mama Akbar sertakan resepi samperit susu yang diambil dari blog.

Bahan-bahan:

250 gm Butter
1/2 tin susu pekat
100 gm tepung ubi
450 gm tepung jagung
1st esen vanila

Hiasan : coklat chip

Cara2nya:

Pukul butter Dan susu hingga kembang
Masukan esen vanila
Masukan tepung ubi Dan tepung jagung
Uli hingga jadi doh
Masukan dalam acuan Dan tekan
(Saya guna acuan pecah 14)
Hias dengan coklat chip
Bakar 15-20 min dengan suhu 150'c








No comments:

Post a Comment