Assalammualaikum,
Minggu ni minggu yang agak sejuk...Alhamdullilah, setiap petang hujan. Jadi mood nak keluar rumah pun tak berapa ada....bila asyik duduk dirumah, masing2 lapar....tak tau nak masak apa....selongkar dapur semua bahan tak cukup....buka pintu dapur, nampak pokok pisang yang buahnya Dah masak ranum.
Memandangkan Hari hujan, ku gagahkan diri untuk menebang pokok pisang. Kalau tidak ditebang mana mungkin dapat ambil buahnya....hehehe...
Bila nampak je buah pisang, timbul idea buat apam pisang. Resepi memang ada difikiran selepas bertemu dengan Kak Ani di Sungai Petani tempoh Hari.
Resepinya
12 biji pisang masak ranum
3 biji telur
1 cawan gula pasir
1 cawan minyak masak
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bicarbonate
1 sudu teh baking powder
Cara2
Lenyek pisang, saya masukkan pisang, telur Dan gula dalam food processor je. Bila semua hancur saya masukan minyak, Gaul sebati. Akhir sekali saya masukan tepung Dan soda serta b powder. Guna spatula untuk mengaulnya. Saya masukan dalam acuan kecil2. Kukus lebih kurang 15 minor.
## saya campurkan coklat chip kat dalam....
No comments:
Post a Comment