TIDAK ADA YANG LEBIH MANIS DALAM KEHIDUPAN INI MELAINKAN TATKALA BERJAYA MENCAPAI KEMANISAN IMAN DAN MENGECAP CINTA ILLAHI...

Thursday, December 13, 2012

RESEPI LIDAH LEMBU

Masa zaman kanak-kanak saya tak pernah makan lidah lembu. Hinggalah selepas berkahwin. Pada suatu hari suami saya mengajak saya lunch di sebuah restoran di Jalan Ampang, KL. Kami  dihidangkan pelbagai jenis lauk. Salah satunya lidah lembu yang dimasak kicap. Suami saya menyuruh saya mencubanya. Memang sangat sedap. Lunch kat situ ala buffet..jadi kami sahaja yang makan lidah lembu. Hampir separuh kami makan. Sungguh lucu apabila mengingatinya..... Kini restoran itu dikenali sebagai Restoran Saloma, MATIC Jalan Ampang.

Disini saya sertaikan resepi lidah lembu masak cabai  resepi ibu mentua saya

Bahan2nya:-
Lidah lembu yang dibakar dan dibuang kulitnya
Cili kering 20 biji - ikut rasa sendiri - dikisar
Bawang merah-dikisar
Bawang putih - dikisar
Halia - dikisar
Gula secukup rasa
Garam secukup rasa
Sedikit cuka/air asam jawa

Bahan tumis- daun kari, daun pandan, sebatang serai dititik
                  - buah pelaga, kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang
                     sedikit minyak

Cara2nya:


  1.  Potong lidah yang telah dibakar dan dibuang kulitnya. Lidah yang dibakar lebih enak dari direbus.
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan tumis. Biar hingga naik bau
  3.  Masukkan bawang merah, bawang putih dan halia yang dikisar. Biar hingga naik bau
  4.  Masukkan cili kisar dan masak hingga pecah minyak
  5. Masukkan lidah dan tambah air jika perlu
  6. Masak hingga empuk dan masukkan gula, garam dan cuka secukup rasa. 
  7. Boleh tambah kicap manis jika hendak warna yang kurang merah                            
  8. Bila sudah pekat dan lidah masak, bolehlah dihidangkan. 
  9. Selamat Mencuba.....



Bahan-Bahannya


Apabila dimasukan bahan2 tumis

Beginilah rupanya


1 comment: