TIDAK ADA YANG LEBIH MANIS DALAM KEHIDUPAN INI MELAINKAN TATKALA BERJAYA MENCAPAI KEMANISAN IMAN DAN MENGECAP CINTA ILLAHI...

Monday, December 17, 2012

MAHKOTA DEWA

Buah Mahkota Dewa dikenali sebagai salah satu tanaman ubat. Nama lain ialah Phaleria Macrocorpa.Buah Mahkota Dewa asalnya dari Papua/Irian Jaya, Indonesia. Buah ini banyak khasiatnya.

Biasanya buah yang matang dipetik dan dicuci serta dihiris nipis. Kemudian dijemur hingga kering dibawah matahari. Cara gunakannya ialah merendam beberapa hirisan kedalam air panas. Setelah beberapa minit airnya bolehlah diminum. tidak perlu tambah gula.

Sekarang Buah Mahkota Dewa telah dicampurkan dengan berbagai jenis herba untuk dijadikan makanan kesihatan. Pengguna harus berhati-hati dengan herba-herba yang dicampur dengan Mahkota Dewa. Tanpa kelulusan Kementerian Kesihatan mungkin boleh membahayakan kesihatan.

Diantara penyakit-penyakit yang boleh disembuhkan dengan izin ALLAH:-

Kanser/Tumor
Ekzema (Penyakit kulit)
Kencing Manis (Diabetis)
Hipertension (Darah Tinggi)
Radang Hati (Hepatitis)
Reumatik (Sakit Sendi)
Gout
Jantung
Batu Karang

Bapa mentua saya pengidap kencing manis. Alhamdullilah setelah mengamalkan Buah Mahkota Dewa ini kencing manisnya dalam keadaan terkawal. Anak kedua saya pula ada masaalah Ekzema. Banyak parut-parut hitam dibadannya. Denagan izin ALLAH setelah dia mengamalkan Mahkota Dewa parutnya beransur kurang. Kami sekeluarga mengamalkan minuman Mahkota Dewa.

Dirumah saya ada menanam beberapa pokok Mahkota Dewa.Memandangkan saya tinggal dikawasan taman perumahan jadi tidak banyaklah pokok yang boleh ditanam. Alhamdullilah pokok-pokok Mahkota Dewa dirumah saya tidak henti-henti berbuah. Hasil buah Mahkota Dewa ini hanya dapat digunakan untuk keluarga dan teman-teman.

Buah yang matang


Anak pokok

Buah yang telah dikeringkan


Catatan: Buah ini tidak boleh dimakan begitu sahaja. Bijinya dikatakan beracun.  Ibu mengandung juga tidak dibenarkan minum air buah Mahkota Dewa. Info-info ini saya dapat dari blog lain juga.


No comments:

Post a Comment