HATI itu INDAH jika disulami dengan KEIMANAN
HATI itu KOTOR jika disimpan dengan KEDENGKIAN
HATI itu CANTIK jika diadun dengan KESOPANAN
HATI itu BUSUK jika terpendam dengan KEBENCIAN
HATI itu TENANG jika dihiasi dengan KESYUKURAN
HATI itu BAHAGIA jika ditanam dengan KETAQWAAN
TIDAK ADA YANG LEBIH MANIS DALAM KEHIDUPAN INI MELAINKAN TATKALA BERJAYA MENCAPAI KEMANISAN IMAN DAN MENGECAP CINTA ILLAHI...
Wednesday, December 26, 2012
Monday, December 17, 2012
MAHKOTA DEWA
Buah Mahkota Dewa dikenali sebagai salah satu tanaman ubat. Nama lain ialah Phaleria Macrocorpa.Buah Mahkota Dewa asalnya dari Papua/Irian Jaya, Indonesia. Buah ini banyak khasiatnya.
Biasanya buah yang matang dipetik dan dicuci serta dihiris nipis. Kemudian dijemur hingga kering dibawah matahari. Cara gunakannya ialah merendam beberapa hirisan kedalam air panas. Setelah beberapa minit airnya bolehlah diminum. tidak perlu tambah gula.
Sekarang Buah Mahkota Dewa telah dicampurkan dengan berbagai jenis herba untuk dijadikan makanan kesihatan. Pengguna harus berhati-hati dengan herba-herba yang dicampur dengan Mahkota Dewa. Tanpa kelulusan Kementerian Kesihatan mungkin boleh membahayakan kesihatan.
Diantara penyakit-penyakit yang boleh disembuhkan dengan izin ALLAH:-
Kanser/Tumor
Ekzema (Penyakit kulit)
Kencing Manis (Diabetis)
Hipertension (Darah Tinggi)
Radang Hati (Hepatitis)
Reumatik (Sakit Sendi)
Gout
Jantung
Batu Karang
Bapa mentua saya pengidap kencing manis. Alhamdullilah setelah mengamalkan Buah Mahkota Dewa ini kencing manisnya dalam keadaan terkawal. Anak kedua saya pula ada masaalah Ekzema. Banyak parut-parut hitam dibadannya. Denagan izin ALLAH setelah dia mengamalkan Mahkota Dewa parutnya beransur kurang. Kami sekeluarga mengamalkan minuman Mahkota Dewa.
Dirumah saya ada menanam beberapa pokok Mahkota Dewa.Memandangkan saya tinggal dikawasan taman perumahan jadi tidak banyaklah pokok yang boleh ditanam. Alhamdullilah pokok-pokok Mahkota Dewa dirumah saya tidak henti-henti berbuah. Hasil buah Mahkota Dewa ini hanya dapat digunakan untuk keluarga dan teman-teman.
Catatan: Buah ini tidak boleh dimakan begitu sahaja. Bijinya dikatakan beracun. Ibu mengandung juga tidak dibenarkan minum air buah Mahkota Dewa. Info-info ini saya dapat dari blog lain juga.
Biasanya buah yang matang dipetik dan dicuci serta dihiris nipis. Kemudian dijemur hingga kering dibawah matahari. Cara gunakannya ialah merendam beberapa hirisan kedalam air panas. Setelah beberapa minit airnya bolehlah diminum. tidak perlu tambah gula.
Sekarang Buah Mahkota Dewa telah dicampurkan dengan berbagai jenis herba untuk dijadikan makanan kesihatan. Pengguna harus berhati-hati dengan herba-herba yang dicampur dengan Mahkota Dewa. Tanpa kelulusan Kementerian Kesihatan mungkin boleh membahayakan kesihatan.
Diantara penyakit-penyakit yang boleh disembuhkan dengan izin ALLAH:-
Kanser/Tumor
Ekzema (Penyakit kulit)
Kencing Manis (Diabetis)
Hipertension (Darah Tinggi)
Radang Hati (Hepatitis)
Reumatik (Sakit Sendi)
Gout
Jantung
Batu Karang
Bapa mentua saya pengidap kencing manis. Alhamdullilah setelah mengamalkan Buah Mahkota Dewa ini kencing manisnya dalam keadaan terkawal. Anak kedua saya pula ada masaalah Ekzema. Banyak parut-parut hitam dibadannya. Denagan izin ALLAH setelah dia mengamalkan Mahkota Dewa parutnya beransur kurang. Kami sekeluarga mengamalkan minuman Mahkota Dewa.
Dirumah saya ada menanam beberapa pokok Mahkota Dewa.Memandangkan saya tinggal dikawasan taman perumahan jadi tidak banyaklah pokok yang boleh ditanam. Alhamdullilah pokok-pokok Mahkota Dewa dirumah saya tidak henti-henti berbuah. Hasil buah Mahkota Dewa ini hanya dapat digunakan untuk keluarga dan teman-teman.
Buah yang matang |
Anak pokok |
Buah yang telah dikeringkan |
Saturday, December 15, 2012
KEK PISANG
Petang ni hujan turun dengan lebatnya. Perut mula la lapar.... Mulut rasa macam hendak makan kek yang panas2 fresh from oven la katakan. Dekat dapur ada pisang berangan. Boleh buat kek pisang. Resepi ni saya belajar dari Chef Alan Ooi.
Bahan-bahannya:-
A) 220gm Pisang Berangan/Emas
165gm Gula Kastor
B) 4 biji Telur Ayam (B)
10gm Ovalette/Cake Emulsifier
C) 250gm Tepung Superfine
1sk Baking Powder
1sk Baking Soda
11/4 sk Garam
D) 120ml Susu Segar
E) 100ml Minyak Jagung/Saya guna Butter Cair
Cara-caranya:
- Panaskan Oven.
- Putar A hingga kembang, masukan B dan pukul 5 - 6 mimit hingga kembang.
- Masukan C dan D dan gaul hingga sebati
- Masukan E dan gaul sebati
- Tuangkan dalam acuan yang dilapik kertas dan bakar 180 'c 35 -40 min.
Saya guna paper cup senang budak2 nak makan. |
Friday, December 14, 2012
ROTI
Thursday, December 13, 2012
RESEPI LIDAH LEMBU
Masa zaman kanak-kanak saya tak pernah makan lidah lembu. Hinggalah selepas berkahwin. Pada suatu hari suami saya mengajak saya lunch di sebuah restoran di Jalan Ampang, KL. Kami dihidangkan pelbagai jenis lauk. Salah satunya lidah lembu yang dimasak kicap. Suami saya menyuruh saya mencubanya. Memang sangat sedap. Lunch kat situ ala buffet..jadi kami sahaja yang makan lidah lembu. Hampir separuh kami makan. Sungguh lucu apabila mengingatinya..... Kini restoran itu dikenali sebagai Restoran Saloma, MATIC Jalan Ampang.
Disini saya sertaikan resepi lidah lembu masak cabai resepi ibu mentua saya
Bahan2nya:-
Lidah lembu yang dibakar dan dibuang kulitnya
Cili kering 20 biji - ikut rasa sendiri - dikisar
Bawang merah-dikisar
Bawang putih - dikisar
Halia - dikisar
Gula secukup rasa
Garam secukup rasa
Sedikit cuka/air asam jawa
Bahan tumis- daun kari, daun pandan, sebatang serai dititik
- buah pelaga, kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang
sedikit minyak
Cara2nya:
Gula secukup rasa
Garam secukup rasa
Sedikit cuka/air asam jawa
Bahan tumis- daun kari, daun pandan, sebatang serai dititik
- buah pelaga, kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang
sedikit minyak
Cara2nya:
- Potong lidah yang telah dibakar dan dibuang kulitnya. Lidah yang dibakar lebih enak dari direbus.
- Panaskan minyak dan tumis bahan tumis. Biar hingga naik bau
- Masukkan bawang merah, bawang putih dan halia yang dikisar. Biar hingga naik bau
- Masukkan cili kisar dan masak hingga pecah minyak
- Masukkan lidah dan tambah air jika perlu
- Masak hingga empuk dan masukkan gula, garam dan cuka secukup rasa.
- Boleh tambah kicap manis jika hendak warna yang kurang merah
- Bila sudah pekat dan lidah masak, bolehlah dihidangkan.
- Selamat Mencuba.....
Bahan-Bahannya |
Apabila dimasukan bahan2 tumis |
Beginilah rupanya |
Selamat datang ke blog saya. Saya seorang isteri dan ibu kepada 4 orang anak yang comel2 minat mencuba resepi masakan dan menjalankan perniagaan dirumah.Saya juga telah menghadiri beberapa kelas masakan dan mempelajari resepi dari kawan-kawan dan dari blog-blog lain. Blog ini juga menceritakan aktiviti anak syurga Akbar yang lahir sebagai anak CP Cerebal Palsy. Semua gambar adalah HAK CIPTA TERPELIHARA. Harap minta izin terlebih dahulu sebelum mengambil atau menggunakan gambar didalam blog saya. Sebarang komen atau pandangan amat-amat dialukan. Sekian terima Kasih.
Subscribe to:
Posts (Atom)