TIDAK ADA YANG LEBIH MANIS DALAM KEHIDUPAN INI MELAINKAN TATKALA BERJAYA MENCAPAI KEMANISAN IMAN DAN MENGECAP CINTA ILLAHI...

Sunday, November 8, 2015

Sayangi Ibu dan bapa anda....

Assalammualaikum,

Sekadar berkongsi rasa....Apa khabar ibu Dan bapa anda.  Sudahkan anda menelefon ibu Dan bapa anda Hari ini...mungkin anda lupa untuk menelefon ibu bapa anda Hari ini.....bagi saya tiada peluang untuk menelefon ibu bapa lagi kerana mereka sudah tiada.

Luangkan sedikit masa untuk menelefon ibu Dan bapa anda seketika kerana percayalah ibu Dan bapa anda akan seronok jika dapat mendengar suara anak- anak walaupun seketika

Sewaktu ibu Dan bapa saya masih hidup, saya tidak berpeluang menelefon mereka kerana system perhubungan tidak secanggih sekarang.

Telefonlah ibu Dan bapa anda setiap Hari.

Wassalam.

Apam Pisang

Assalammualaikum,

Minggu ni minggu yang agak sejuk...Alhamdullilah, setiap petang hujan. Jadi mood nak keluar rumah pun tak berapa ada....bila asyik duduk dirumah, masing2 lapar....tak tau nak masak apa....selongkar dapur semua bahan tak cukup....buka pintu dapur, nampak pokok pisang yang buahnya Dah masak ranum.

Memandangkan Hari hujan, ku gagahkan diri untuk menebang pokok pisang. Kalau tidak ditebang mana mungkin dapat ambil buahnya....hehehe...

Bila nampak je buah pisang, timbul idea buat apam pisang. Resepi memang ada difikiran selepas bertemu dengan Kak Ani di Sungai Petani tempoh Hari.

Resepinya
12 biji pisang masak ranum
3 biji telur
1 cawan gula pasir
1 cawan minyak masak
2 cawan tepung gandum
1 sudu  teh soda bicarbonate
1 sudu teh baking powder

Cara2
Lenyek pisang, saya masukkan pisang, telur Dan gula dalam food processor je. Bila semua hancur saya masukan minyak, Gaul sebati. Akhir sekali saya masukan tepung Dan soda serta b powder. Guna spatula untuk mengaulnya. Saya masukan dalam acuan kecil2. Kukus lebih kurang 15 minor.

## saya campurkan coklat chip kat dalam....

Wednesday, November 4, 2015

Speech Day Sekolah Akbar

Assalammualaikum,
31st October, 2015.

Hari ini sekolah Akbar akan mengadakan Hari penyampaian hadiah bagi murid-murid yang berjaya. (Annual Speech Day).
Semua parents dijemput hadir sebagai tanda memberi sokongan untuk anak-anak Spastic.

Akbar ditemani mama, kakak Eneza, kakak Dina, Maksu Dan anak- anaknya. Ayah tak dapat hadir kerana tugas yang tak dapat ditinggalkan. Begitu juga Abang Ngah yang bekerja pada Hari itu.

Majlis diadakan pada sebelah petang. Ramai juga rakan-rakan Akbar yang tidak hadir, mungkin mereka tidak sihat. Almaklumlah anak-anak CP ini kesihatan mereka tidak dapat diramal. Kadang-kadang sihat Dan kadang-kadang sebaliknya.

Pada Hari ini juga anak-anak disekolah spastic akan menunjukkan bakat mereka. Akbar juga tidak ketinggalan untuk berlakun. Akbar dipilih untuk memegang watak sebagai rusa didalam cerita Jungle Book, yang telah diarah oleh Dr Muntaz dari USM. Lebih kurang sebulan mereka giat berlatih dibawah arahan Dr Muntaz dan akhirnya mereka berjaya membuat persembahan yang menakjubkan....

Bukan mudah bagi anak-anak CP untuk menjayakan persembahan mereka memandangkan keadaan fizikal mereka. Dengan usaha, bantuan serta kerjasama guru-guru Dan parents, akhirnya menghadiahkan sesuatu yang wow.....

Tahniah semua.....
The Cerebral Palsy (Spastic)