TIDAK ADA YANG LEBIH MANIS DALAM KEHIDUPAN INI MELAINKAN TATKALA BERJAYA MENCAPAI KEMANISAN IMAN DAN MENGECAP CINTA ILLAHI...

Thursday, December 11, 2014

AKBAR KESEKOLAH

Pada 17hb February 2014, Akbar mula masuk belajar disekolah Persatuan Kanak-Kanak Spastic (Cerebral Palsy) Pulau Pinang. Pada minggu pertama Akbar ditempatkan dikelas Pra-Sekolah disebelah petang yang terletak di tingkat satu. Memandangkan Akbar tidak mempunyai kawan untuk belajar disebelah petang, Cikgunya iaitu Cikgu Norjan telah menukarkan Akbar belajar disebelah pagi. 

Pada awal persekolahan Akbar asyik menangis didalam kelas kerana tidak dapat menyesuaikan diri. Terpaksalah mama menemaninya didalam kelas. Pada minggu kedua sekolah ,Akbar sibuk membuat latihan sukan kerana sekolah akan menganjurkan Hari Sukan. Akbar dipilih untuk mewakili rumah merah bagi acara pra-sekolah. Pada minggu kedua juga mama  terpaksa mengikuti First program disekolah Akbar iaitu Behaviour Management by Dr. Rajini and CIMB Group.

15hb March, 2014 hari sukan disekolah Akbar, kami sekeluarga pergi kesekolah Akbar untuk memberi sokongan buat Akbar.Akbar memasuki acara pra-sekolah iaitu acara Chef Kecil. Akbar adalah peserta pertama dalam kumpulan rumah merah. Rumah merah telah menang dalam acara ini. Tahniah Akbar, jadi johan. hadiah disampaikan oleh isteri Gabenor, Pulau Pinang. Selesai hari sukan Akbar sekolah macam biasa, asyik menangis sampailah cuti penggal pertama. ok....sampai jumpa lagi dilain coretan.....


Tuesday, December 9, 2014

NASI ULAM

Nasi Ulam adalah nasi putih yang telah dimasak dicampurkan dengan herba dan ulam-ulaman seperti pegaga, kaduk, pucuk kunyit, mengkudu, daun selom, daun cekur, lengkuas, serai, bunga kantan, halia dan ulam-ulaman yang lain serta kerisik dan isi ikan masin yang dibakar serta ditumbuk halus.

Cerita pasal nasi ulam ini teringat aku pada arwah nenek saudara yang akan sibuk bila masuk bulan puasa. Dia akan menyuruh cucu-cucunya mencari ulam-ulaman untuk dibuat nasi ulam.Bukan setakat dua atau tiga jenis tapi empat puluh empat jenis ulam yang disuruhnya cari. Macam-macam daun la kami kutip.....hehehe pokok bunga puding pun kami ambil.....Arwah nenek akan memberi nasi ulam yang dibuatnya kepada jiran-jiran. Kini semua tinggal kenangan.......

Nasi ulam memang favorite aku. Sesuai untuk orang yang tidak sihat dan banyak angin dalam badan.....Sekarang ni banyak kedai-kedai makan yang menjualnya. Tak perlu tunggu bulan puasa dah.......

Jom cuba.............